Kad Jemputan Digital Malaysia – Siap Dalam 24 Jam

MyKenduri menyediakan perkhidmatan kad jemputan digital untuk majlis perkahwinan, pertunangan, akikah dan hari jadi di seluruh Malaysia. Kad siap dalam masa 24 jam, bermula dari RM9.90 sahaja.

Pakej Premium (RM15.90) dilengkapi dengan RSVP, Google Maps, kira detik, galeri foto, muzik latar, duit hadiah QR dan pautan unik untuk dikongsi melalui WhatsApp. Pakej Asas (RM9.90) memberi poster dan teks jemputan AI.

Berapa lama kad jemputan digital siap?

Sasaran kami 24 jam selepas maklumat majlis lengkap dan bayaran disahkan. Reka bentuk khas (Platinum) bergantung pada keperluan anda.

Apa beza Pakej Asas dan Pakej Premium?

Pakej Asas (RM9.90) memberi anda poster jemputan AI dan teks jemputan AI untuk dikongsi. Pakej Premium (RM15.90) ialah kad jemputan digital penuh dengan link sendiri, RSVP, Google Maps, kira detik, ucapan tetamu, galeri foto, muzik latar dan maklumat duit hadiah.

Perlukah tetamu muat turun aplikasi?

Tidak. Tetamu hanya tekan link yang anda kongsi di WhatsApp dan kad terus terbuka dalam pelayar telefon mereka.

Bagaimana tetamu sahkan kehadiran (RSVP)?

Dalam Pakej Premium, tetamu isi nama serta bilangan dewasa dan kanak-kanak terus dalam kad. Anda boleh semak jumlah kehadiran tanpa perlu telefon tetamu seorang demi seorang.

Boleh letak duit hadiah atau salam kaut?

Boleh. Pakej Premium menyokong maklumat akaun bank dan kod QR (contohnya DuitNow QR) supaya tetamu boleh hantar duit hadiah terus kepada anda.

Apakah cara bayaran yang diterima?

Bayaran selamat melalui FPX (perbankan dalam talian), kad dan PayPal, atau pindahan bank yang disahkan secara manual. Anda juga boleh bertanya dahulu di WhatsApp sebelum menempah.

Boleh tukar maklumat selepas kad siap?

Sila semak nama, tarikh dan lokasi sebelum menghantar maklumat. Perubahan selepas kad dihantar mungkin dikenakan caj tambahan — hubungi kami di WhatsApp untuk sebarang pembetulan.

Majlis apa yang boleh dibuat kad?

Perkahwinan, pertunangan, akikah, hari jadi dan pelbagai majlis lain seperti kesyukuran dan rumah terbuka.

Bagaimana jika kad saya tidak dihantar?

Bayaran balik boleh dipertimbangkan jika kad tidak dihantar, berlaku masalah sistem di pihak kami, atau bayaran berganda. Mohon dalam tempoh 3 hari dari tarikh bayaran — rujuk Dasar Bayaran Balik.